Mentari yang muncul.... 01
Tersedar aku dari lena yang aku rasakan amat singkat. Teringin sekali untuk aku sambung kembali dibuai dunia lain yang diciptakan oleh Illahi yang diberikan nama dunia mimpi. . Sudah puas berkali-kali aku mencuba memejamkan mata ini namun hasilnya sungguh tidak memuaskan.. Lalu aku putuskan untuk bangun membersihkan diri dengan mandian yang menyegarkan dan seterusnya menantikan mentari yang akan muncul sebentar lagi....
Bagaimanakah agaknya dapat aku harungi dugaan pada hari ini? Sungguh sukar untuk menduga untuk merancang pun aku merasakan tidak terdaya. Otak aku seperti tidak sabar untuk bekerja.Namun hatiku bagai berjaya menyekat arus otak aku untuk menjalankan tugasnya dengan lancar. Lalu aku dengan hati yang sabar terus menunggu untuk cahaya matahari simbah ke muka. Terasa amat perlahan waktu berlalu pada pagi ini.Entah apa yang tidak kena sungguh awal aku terjaga...
Aku mencari punca dengan merenung jauh ke awanan. Namun fikiranku asyik terkenang memori semalam. Amat menyedihkan.... sungguh pun aku telah menduga hari itu akan tiba namun hati ini tetap hiba. Namun aku sedaya upaya menerima keputusan dia dengan hati terbuka... Siapa sangka dia akan meluahkannya keputusannya untuk putuskan hubungan asmara ini disaat aku menyampaikan berita gembira.
Tetapi aku tidak menyalahkan beliau sepenuhnya.... aku juga yang mendesak... Mungkin disebabkan aku tidak cukup sempurna.... tidak cukup romantis.... tidak cukup memahami... tidak cukup dari segala segi... membuatkan beliau minta untuk putus... walaupun sedaya upaya telah aku cuba untuk berubah namun ternyata segala perubahan tidak cukup memadai untuk beliau... mengapa aku perlukan masa terlalu lama untuk berubah? Sungguh mengecewakan...
Desakan semalam timbul kerana beliau sudah terlalu lama menipu diri sendiri... Kepura-puraan beliau untuk meneruskan hubungan asmara ini sungguh terserlah semalam. Walaupun aku sudah mengetahui keterpaksaan beliau dalam meneruskan hubungan asmara dengan aku agak lama melalui tingkah lakunya... di mana semakin hari semakin berubah... tidak lagi seperti aku mengenal dia sebelum ini... aku diamkan sahaja...
Bagiku selagi tiada kata putus darinya, selagi itu aku masih ada ruang untuk berubah...Masih ada ruang untuk aku merebut kembali hatinya. Walaupun tiada lagi layanan mesra... tiada lagi layanan manja... hanya kekerasan hati dan pandangan sinis yang menghujani diriku ini. Kerana cinta aku tulus dari hati untuknya, kerana aku tak sanggup melepaskan dia... aku lalui dengan penuh kesabaran. Aku tempuhi dengan cekal setiap rejaman kecurigaan hatinya terhadap cintaku. Mengharapkan hubungan asmara yang terjalain ini terus bersemi...
Sehinggalah semalam... Semuanya berakhir tanpa penghujung.... walaupun alasan yang diberikan tidak dapat aku terima. Aku menelannya dengan keterpaksaan hati dan linangan air mata. Walaupun aku telah menduga hari perpisahan ini akan tiba akan tetapi aku sungguh tidak mengharapkan pengakhirannya sebegini.
Kata putus hanya melalui khidmat pesanan ringkas dan alasan yang diberi tidak datang dari hati.
Hari yang aku lalui semalam sungguh mendung sekali... Segala kegembiraan telah ditelan dengan kesedihan.... Namun aku cuba menutup kemas dengan senyuman. Tidak pasti jika ianya berkesan, tetapi aku yakin cubaan itu berhasil. Kerana tiada teguran negatif yang aku terima semalam. Setelah kata putus dibuat ada juga tawaran untuk meneruskan hubungan sebagai kawan pula. Oleh kerana kekecewaan yang diberikan terlalu dahsyat aku menolak tawaran itu dengan sedaya upaya dan hati yang parah terluka.
Aku menolak bukan kerana sombong atau membuat keputusan terburu-buru... tetapi atas dasar rasional akal fikiran.....sejujurnya hati ini terlalu mencintai dia... mana mungkin aku dapat melihat dia bersama jejaka lain walaupun ianya hanya atas tiket rakan... terlalu pedih buat aku untuk melihat perkara seperti itu berlaku di depan mataku. Bayangkanlah pula apabila dia bertemu dengan cinta hati yang baru.... Sungguh tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaanku jika itu berlaku....
Seterusnya aku menolak tawarannya kerana sudah tiga kali dia minta hubungan asmara ini diputuskan semuanya betaut kembali kerana sambungan atas tiket kawan dan mata yang sering bertaut seterusnya menyemarakkan rasa cinta dan sayang pada hati aku dan dia.. Menyebabkan hubungan atas tiket kawan dan tautan mata dari jarak jauh tidak bertahan lama dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta semula.. Dan permintaan putus yang ketiga atas permintaan dia juga ini adalah pengakhirannya...
Terlalu perit jika sejarah berulang untuk beberapa kali. Tidak pasti sampai bila aku akan begini.... Mungkin bila aku sudah berjaya menghapuskan rasa cinta ini padanya.... Mungkin sehingga aku berjaya menerima hakikat bahawa tiada harapan cinta antara aku dan dia.... Hmm.... semuanya kelihatan sungguh mustahil.... atau mungkin apabila dia menjadi isteri jejaka idamannya kelak... rasanya itulah yang terbaik...
menantikan dia menjadi isteri orang supaya aku dapat menerima dia bukan untuk aku dan seterusnya menjalinkan hubungan kawan seperti biasa seperti yang diminta.
Seandainya sejarah berulang kembali, biarlah ianya berulang dengan ikatan pernikahan. Sekiranya ada jodoh antara aku dan dia biarlah cinta ini bersambung dengan perkahwinan. Andai benar dia untukku biarlah ikatan yang terjalin nanti untuk sepanjang nyawa dikandung badan.Walau apapun kemungkinan yang tiba...Akan ku terima dengan berlapang dada. Biarlah masa yang menentukan. Sesungguhnya segala yang terjadi ku serahkan kepada Illahi... Semoga aku diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan yang terbentang...
bersambung.......